PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS

Sekapur Sireh,

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dengan kerjasama Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri telah mengorak selangkah kehadapan dengan wujudnya Sistem Pengurusan Aduan Awam Besepadu (iSPAAA), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Sistem ini diharap dapat memperkasakan lagi pengurusan aduan Negeri Perlis yang dikendalikan sepenuhnya oleh Pentadbiran ini. Saya berharap agar warga Negeri Perlis akan menggunakan ruang ini sebaik mungkin dalam usaha Kerajaan Negeri Perlis mempereratkan perhubungan dengan rakyat tanpa ada sebarang halangan.